Roti suka mengulas pelbagai jenis makanan seluruh dunia, so, apa-apa maklumat boleh la singgah belog usang ni. Berita dan sukan pon saya cepat hadam

Sabtu, 28 Julai 2012

Tips untuk kurus badan simple dan mudah

Wokeh-wokeh. Sempena entry baru bagi belog roti ini, roti nak kongsi sikit, kepada rakan-rakan blogger suatu tips atau petua untuk kekal kurus dgn method mudah dan tersendiri. 


1. Cucuk perut. Nak tahu, tips ini berkesan atau tidak, cuba anda try sendiri di rumah. Banyak alat yang membantu termasuklah menggunakan garfu, pisau potong sayur. Dengan method ini, seluruh makanan akan keluar laju tanpa mengganggu kekenyangan perut anda itu. 


Kesan sampingan : Perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk menanpung kos rawatan bila anda ditahan di mana-mana wad


2. Tumbuk perut. Cara ini anda disarankan untuk mengupah beberapa rakan-rakan yang mempunyai tubuh yang sasa, kerana kebiasaannya org yang bertubuh sasa ini mempunyai tumbukan yang padu. Jadi, jika perut anda ditumbuk dengan daya yang kuat, hasilnya perut anda akan mengempis.


Kesan sampingan : banyak-banyak beli ubat anti biotik agar daya tahan dalam badan dapat dipertingkatkan.


3. Senaman poco-poco. Cara ini sangat femes dalam kalangan orang-orang bangsawan, korporat dan kebanyakkan artis yang bulat bentuknya. Tapi, sejauh mana keberkesanannya, roti belum dapat memastikannya lagi. Tapi anda tak disarankan buat cara ini kerana telah jatuh Haram oleh majlis fatwa


Kesan sampingan : pesong akidah, so, jangan buat!


4. Jalan itik. Method ini sering digunakan oleh para guru-guru sekolah. Lihatlah murid-murid yang pernah didenda semuanya kurus belaka. Cara ini, semua otot-otot akan merembeskan asid yang bertindak mengecutkan lemak dan kolestrol. 


Kesan sampingan : kaki akan merasa kebas-kebas ayam dan diri akan rasa sedikit kurus.


5. Berenti makan nasi. Roti tak dapat buktikan cara ini secara klinikal, namun, roti sendiri sedang mengamalkan method ini, tapi belum nampak perubahannya. Apa pun cuba try dan test dulu, kalau-kalau menjadi method ini, email kpd kami untuk jadi testimonial belog roti.


Kesan sampingan : belum dikenal pasti


Akhirkata dari roti, ini sahaja setakat ini sebagai permulaan untuk menguruskan perut. Selamat mencoba